Nasib saudaraku di Palestin

MAKLUMAT PENTING Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain. Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata. Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang. HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula. Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Palestin

Khamis, 12 Ogos 2010




Bismillaahir rohmaanir Rohiim,
Assalamu'alaikum Warahmatullah dan salam sejahtera,


Penjenayah siber memang pintar terutamanya yang bijak dalam menghasilkan virus.Hantar sahaja email yang mengandungi virus, apabila diklik, semua maklumat peribadi anda termasuk nombor akaun bank dan kata laluan automatik dicuri. Virus jenis Trojan ini bersembunyi di sebalik emel, website dan muat turun. Terbaharu, sejenis virus jenis Trojan telah dicipta oleh seseorang dan telah menyerang sehingga 3 ribu orang pengguna online banking di UK dan mencuri wang mereka. Namun nama bank tidak pula diberitahu. Sebanyak lebih kurang 675 000 pound sterling telah dicuri, dan ianya masih berlaku. Itu maklumat badan keselamatan siber UK- M86.



Virus pintar Trojan terbaharu yang diberi nama Zeus v3 ini menyerang dan mencuri maklumat akaun pengguna dengan berpaut di dalam iklan internet (adverts). Harap-harap ia tidak menyerang pengguna di Malaysia. Kalau ia menggunakan modus operandii yang sama di sini, bayangkan, apakah anda yakin untuk klik2 iklan lagi? Setiap kali anda klik iklan, virus akan diinstall ke dalam pc, dan segala maklumat disalurkan ke pc penjenayah siber tersebut. Mahukah anda?



Kalau tidak mahu, pastikan yang anti-virus anda up to date. Jadikan firewall anda ketahap paling maksimum. Jangan buka sebarang attachment emel dari orang yang tidak anda kenali. Walaupun di situ tertulis 'Congratulation, you win $ 100 Million Dollars.' Jangan sesekali double klik emel yang berakhir dengan perkataan '.exe'. Perlu diingat tahun lepas sahaja di UK sebanyak 59.7 juta pound sterling telah dicuri melalui penipuan bank secara online. Jadi berhati-hatilah. Dunia maya ini tanpa sempadan, mana tahu iklan-iklan luar negara/dalam negara yang kita selalu klik itu mengandungi virus Zeus v3.

0 Comments:

Post a Comment



Sehari aku di demonstrasi ISA

 

blogger templates | Make Money Online