Nasib saudaraku di Palestin

MAKLUMAT PENTING Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain. Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata. Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang. HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula. Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Palestin

Khamis, 30 Julai 2009


SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon. Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Rabu, 29 Julai 2009


Ajoi dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

Haa... ... ..Lu Pikir lah sendiri... ... ..!



Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

Ahad, 26 Julai 2009



Jikalau anda menggunakan streamyx dan terasa slow untuk masuk web-web yang menmpunyai hosting luar negara . Ini ada tips untuk lajukan connection internet anda.

Caranya, gunakan proxy dari streamyx.
cdn-kmr-c2100-01.tm.net.my:3128

Untuk yg menggunakan firefox .
Tools -> Options->Advance->Network->Settings




Cubalah.. memang laju giler.

Rabu, 22 Julai 2009

Hari ni bila saya cuba untuk memasuki website Ziddu.com untuk upload file, tetapi terperanjat kerana keluar alert dari google yang mengatakan Ziddu.com disyaki menjadi host malware , program yang boleh memberi kesan kepada komputer kita apabila kita memasukinya.

Alert melalui browser Mozilla Firefox:



Alert melalui browser Google Chrome:



AWAS kepada pengguna Internet Explorer tiada alert jika anda masuk ke Ziddu ! Pendek kata jangan melawat ke Ziddu.com dalam waktu terdekat ni sehingga webmaster mereka membaikpulih site mereka.

Jika anda telah memasuki website mereka via IE , anda mesti clearkan cache/cookies Internet Explorer anda!

Jika anda menggunakan Windows XP , jangan lupa restore PC anda ke tarikh sebelumnya. Caranya ialah :

Start -- All Program -- Accesories -- System tool -- System Restore

*P/S:

Ziddu.com ialah website hosting file yang admin selalu letak fail dalam kategoridownload hangat.

Selasa, 21 Julai 2009

Windows 7 ganti Vista


SAN FRANCISCO: Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Januari 2010.



“Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan,” kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie.

Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain.

Menurut penganalsis Microsoft Matt Rosoff, syarikat berkenaan dijangka melancarkan Windows 7 menjelang tahun 2010.

“Secara relatifnya kami perlu membuat sedikit perubahan terhadap produk terbaru ini kerana Vista tidak mendapat sambutan yang menggalakkan,” kata Rosoff kepada AFP.

“Kami tahu ada perkara yang tidak digemari dalam Vista jadi kami berpendapat untuk merekacipta system tersebut kembali. Saya rasa Microsoft sedang memberi keutamaan kepada meningkatkan kualiti program berkenaan dan mengurangkan adua daripada pengguna,” katanya.

Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain.

“Kami membawa jaringan Web to Windows dan Windows to the Web yang terbaik untuk dalam produk terbaru kami ini,” kata Ozzie.

Microsoft juga turut mengumumkan mereka akan melancarkan versi online bagi software ‘Microsoft Office’.

Antara program yang boleh dimuat turun secara online adalah Word, Excel, Power Point dan One Note. Program-program berkenaan boleh dimuat turun di Office Live dengan memohon lesen yang sah daripada Microsoft.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

screenshot Windows 7, klik gambar untuk besarkan.

Rabu, 1 Julai 2009


virus-komputer
virus-komputer

Tips melindungi komputer anda dari ancaman virus/spyware/adware dan lain2 lagi.

Ramai orang sering bertanyakan kepada saya mengenai perkara ini. Memang sakit hati kalau komputer anda dijangkiti virus, bukan? Paling bengang sekali bila virus gagal dibuang dan macam2 masalah timbul seperti komputer menjadi perlahan, sesetengah fail tidak dapat dibuka, folder hilang, windows tidak boleh masuk dsb.

Berikut merupakan cadangan2 dari saya. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu melindungi sistem operasi komputer atau laptop anda dari dirosakkan virus.

1. Elakkan dari guna IE6, guna browser terkini

Pengguna windows xp paling banyak menjadi mangsa jangkitan virus. Ini kerana browser asal windows xp iaitu Internet Explorer 6 (IE6) sangat tidak selamat (unsecured) dan terdedah kepada serangan virus/worm/trojan dll apabila melayari internet. Tidak hanya virus, pengguna IE6 juga mungkin menjadi sasaran browser hijacking dan banyak lagi serangan sekuriti.

Cadangan saya: Guna browser terkini yang selamat dan pantas seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera.

Spreadfirefox Affiliate Button

2. Memasang perisian antivirus

kaspersky antivirus 2009
kav-2009

kaspersky antivirus 2009

Perisian antivirus antara perisian terpenting untuk melindungi komputer dari serangan virus. Ada berbagai2 jenis produk antivirus dari syarikat yang berlainan. Ada antivirus yang percuma dan ada yang berbayar.

Antivirus yang popular antaranya ialah:

- Kaspersky Antivirus & Internet Security (shareware) – pilihan saya

- AVG Antivirus (versi percuma dan berbayar)

- Avira antivir (versi percuma dan berbayar)

- Avast Antivirus (versi percuma dan berbayar)

- Bitdefender (versi percuma dan berbayar)

- Nod32 (versi percuma dan berbayar)

- Norton (shareware)

- McAfee (shareware)

- Rising Antivirus (versi percuma dan berbayar)

3. Memasang perisian antispyware

spyware
ist2_2275166_spyware

spyware

Spyware tidak sama dengan virus. Virus merosakkan sistem operasi windows manakala spyware bertujuan mencuri data-data dari komputer anda secara tersembunyi. Adware pula menyebabkan windows anda penuh dengan popup iklan, popup laman web lucah dan sebagainya.

Walaupun setengah antivirus juga terpasang fungsi antispyware…saya tetap menyarankan anda install perisian antispyware dan antimalware sebagai perlindungan tambahan.

Antara perisian antispyware popular:

- Threatfire (versi percuma dan berbayar) – pilihan saya

- PcTools Spyware Doctor (shareware)

- Lavasoft Ad-aware (versi percuma dan berbayar)

- Malwarebytes (versi percuma dan berbayar)

- Superantispyware (versi percuma dan berbayar)

- Spysweeper (berbayar)

- Spyware terminator (percuma)


Hacker
Hacker atau dikenali sebagai penggodam komputer boleh di definisi dengan pelbagai maksud.Pertama,seseorang yang mana
sukakan pengprogramman komputer bukan sahaja pada teori tetapi lebih daripada itu.Kedua,seseorang yang cepat mempelajari
“programming language”.Ketiga,seseorang yang mahir dalam penggunaan sesuatu program.Dan terdapat banyak lagi definisi tentang penggodam atau lebih popular sebagai hacker.

Cracker
Cracker adalah seseorang yang berkebolehan untuk mengubah atau memecahkan “copy protection”.
Sebagai contoh,seorang cracker akan cuba membuat sesuatu aplikasi menjadi miliknya dengan mengubah
“copy protection” aplikasi tersebut.

Script Kiddies
Seseorang yang tidak mempunyai skill,ilmu,atau pengetahuan dan tiada etika.
Mereka mendapat semua daripada hacker atau cracker yang mempunyai ilmu dan skill.
Sebagai contoh,seseorang itu mengambil script daripada seorang hacker dan menggunakannya.
Untuk lebih senang faham,script kiddies ni lebih kepada copy dan guna sedangkan ia tidak mengetahui apa-apa.
Phreak
Hacker yang mana meminati dalam sistem telefon.Lebih kepada pengodam telefon.

Black Hat
Hacker yang menggunakan kebolehannya untuk membuat perkara jahat.
Sebagai contoh,menggodam kredit kad.

White Hat
Hacker yang menggunakan kebolehannya untuk membuat perkara baik.
Sebagai contoh,menggunakan kebolehan untuk pertingkatkan sekuriti pada komputer,web dsb.

Grey Hat
Hacker yang diantara Black Hat dan White Hat (di antara baik dan jahat)

Hacktivism
Menggodam atas dasar politik.Yang ini jarang didengar.Aku sendiri pun baru dengar istilah ini.

Sehari aku di demonstrasi ISA

 

blogger templates | Make Money Online