Nasib saudaraku di Palestin

MAKLUMAT PENTING Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain. Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata. Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang. HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula. Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Palestin

Rabu, 17 Mac 2010


Adakah anda di antara pengguna-pengguna internet yang sentiasa mendapat email dari mereka-mereka yang anda tidak kenali dan mempromosikan berbagai iklan mereka? Sedangkan anda tidak pernah pun memberikan alamat email anda kepada mereka. Adakah anda tidak senang hati dengan keadaan yang sedemikian? Tahukah anda bagaimana sebenarnya mereka dapatkan email anda?

Ada beberapa cara biasanya mereka mendapatkan email anda, antaranya;

1 - Spammer akan membeli secara haram senarai email pengguna. Mungkin mereka akan membelinya dari suatu laman web yang anda mendaftarkan email padanya. Maka jangan percaya semua laman web untuk mendaftarkan email anda.

Pekerja-pekerja di ISP (Internet Service Provider) yang tidak jujur juga kadangkala menjual maklumat yang mereka ambil dari server kerja. Ini boleh berlaku seperti dalam ebay atau pasaran gelap. Penggodam (hackers) juga boleh menceroboh dan mencuri senarai ISP pelanggan.

2 - Spammer akan menggunakan program 'penuaian' yang menjelajah internet seperti Google dan Yahoo, dan menyalin teks yang mengandungi aksara "@". Mereka juga mengekstrak alamat email dari chat room, forum, ruangan komen pada blog dan posting di Usenet.

3 - Spammer akan menggunakan 'kamus' (brute force) program-program seperti hackers.

4 - Anda akan secara tidak sedar sukarela memberikan email anda kepada servis-servis online yang tidak jujur yang mempelawa anda untuk subscribe/unsubscribe. Mereka akan menjual email anda untuk mendapatkan komisyen. Ada link unsubscribe sebenarnya bukan untuk unsubscribe (berhenti melanggan), tetapi untuk mengesahkan bahawa ada pengguna sebenar terhadap email tersebut.


Cara-cara mengelakkan diri dari mendapat email spam

1 - Pada Newsgroups, Forum, ruangan komen pada Blog dan Chat hendaklah anda menyamat email anda. Contoh seperti email anda ialah anda@yahoo.com , maka menyamarlah seperti anda@yaBUANGhoo.com.

Maka email sebenar anda tidak dapat dicuri oleh spammer , dan orang-orang yang mahu menghantar email kepada anda hanya boleh dilakukan dengan mereka membuang sendiri perkataan BUANG dalam email penyamaran itu.

2 - Jangan klik link dalam mesej spam, termasuk link unsubscribe. Ini sering mengandungi kod yang mengenalpasti alamat e-mel penerima, dan boleh mengesahkan spam telah disampaikan dan bahawa anda menjawab.

3 - Jangan daftar email anda merata-rata termasuk laman-laman web yang tidak begitu penting bagi anda dan yang tidak boleh dipercayai.

4 - Apabila membalas posting pada newsgroup, jangan sertakan email anda.

5 - Jangan buka mesej spam secepat mungkin. Sering mesej spam disertakan 'web beacon' yang membolehkan para spammer menentukan berapa banyak, atau alamat e-mel mana yang telah menerima dan membuka mesej.

6 - Pastikan bahawa software anti-virus 'up to date'. Kebanyakan virus dan Trojan mengimbas hard disk untuk alamat e-mel untuk menghantar spam dan virus. Elakkan spam kenalan anda dengan menjaga software anti-virus up to date.

7 - Gunakan firewall yang dibekalkan dengan sistem operasi anda, atau menggunakan firewall dari sebuah syarikat terkemuka.

8 - Jangan menjawab e-mel permintaan untuk mengesahkan lagi butiran akaun anda. Bank anda, syarikat kad kredit, eBay, Paypal, dll, sudah mempunyai butiran akaun anda, jadi tidak perlu untuk mengesahkan mereka lagi.

9 - Jangan berikan butiran login anda kepada sesiapa pun melainkan kepada orang yang betul-betul anda percaya yang tidak akan mengkhianati anda.

10 - Dan sekiranya email anda sudah terlalu banyak terdedah kepada spammer, maka anda boleh pertimbangkan untuk menggantinya dengan alamat baru dan maklumat kenalan anda dari alamat baru.

Rabu, 10 Mac 2010

PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan hari ini membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negatif daripada rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik pelaksanaan penyaluran subsidi merangkumi bahan petroleum, makanan serta infrastruktur lain.

Dalam aspek ini, kata beliau, pihaknya akan segera mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet berhubung kaedah sesuai dalam mengekang pembelian petroleum bersubsidi negara yang turut dinikmati rakyat asing.

Ketika ini, larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara tetapi tidak di lain-lain tempat termasuk ibu negara.

"Dari segi pelaksanaan (penstrukturan semula ini), ia sebenarnya boleh dilakukan antaranya menerusi penggunaan MyKad yang hanya mengambil masa tiga saat untuk proses pembelian petrol di samping tidak memerlukan cap jari.

"Tetapi kerana pandangan-pandangan negatif rakyat perlu diutamakan kerajaan, maka cadangan ini tidak diteruskan.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima pandangan rakyat seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan pembatalan itu di pejabatnya di sini.

Pada pembentangan Bajet 2010, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa petroleum bersubsidi kini dinikmati oleh semua kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

Bagi memastikan hanya golongan sasar diberi subsidi, kerajaan merancang untuk melaksanakan satu sistem penstrukturan subsidi petroleum yang akan menggunakan MyKad serta berdasarkan kuasa enjin kenderaan.

Ismail Sabri berkata, Makmal Merasionalisasikan Subsidi yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala itu dijangka menyiapkan cadangannya sebelum pembentangan Bajet 2011 tahun ini.

"Hasil dari kajian itu akan digunakan oleh kerajaan dalam menentukan dasar pemberian subsidi pada masa depan," katanya.

Dalam usaha untuk mengekalkan harga runcit petrol dan diesel, kerajaan menanggung subsidi petroleum tahun lalu sebanyak RM3.4 bilion manakala subsidi bagi diesel RM1.9 bilion.

Sehari aku di demonstrasi ISA

 

blogger templates | Make Money Online