Nasib saudaraku di Palestin

MAKLUMAT PENTING Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain. Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata. Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang. HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula. Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Palestin

Rabu, 1 Julai 2009


virus-komputer
virus-komputer

Tips melindungi komputer anda dari ancaman virus/spyware/adware dan lain2 lagi.

Ramai orang sering bertanyakan kepada saya mengenai perkara ini. Memang sakit hati kalau komputer anda dijangkiti virus, bukan? Paling bengang sekali bila virus gagal dibuang dan macam2 masalah timbul seperti komputer menjadi perlahan, sesetengah fail tidak dapat dibuka, folder hilang, windows tidak boleh masuk dsb.

Berikut merupakan cadangan2 dari saya. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu melindungi sistem operasi komputer atau laptop anda dari dirosakkan virus.

1. Elakkan dari guna IE6, guna browser terkini

Pengguna windows xp paling banyak menjadi mangsa jangkitan virus. Ini kerana browser asal windows xp iaitu Internet Explorer 6 (IE6) sangat tidak selamat (unsecured) dan terdedah kepada serangan virus/worm/trojan dll apabila melayari internet. Tidak hanya virus, pengguna IE6 juga mungkin menjadi sasaran browser hijacking dan banyak lagi serangan sekuriti.

Cadangan saya: Guna browser terkini yang selamat dan pantas seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera.

Spreadfirefox Affiliate Button

2. Memasang perisian antivirus

kaspersky antivirus 2009
kav-2009

kaspersky antivirus 2009

Perisian antivirus antara perisian terpenting untuk melindungi komputer dari serangan virus. Ada berbagai2 jenis produk antivirus dari syarikat yang berlainan. Ada antivirus yang percuma dan ada yang berbayar.

Antivirus yang popular antaranya ialah:

- Kaspersky Antivirus & Internet Security (shareware) – pilihan saya

- AVG Antivirus (versi percuma dan berbayar)

- Avira antivir (versi percuma dan berbayar)

- Avast Antivirus (versi percuma dan berbayar)

- Bitdefender (versi percuma dan berbayar)

- Nod32 (versi percuma dan berbayar)

- Norton (shareware)

- McAfee (shareware)

- Rising Antivirus (versi percuma dan berbayar)

3. Memasang perisian antispyware

spyware
ist2_2275166_spyware

spyware

Spyware tidak sama dengan virus. Virus merosakkan sistem operasi windows manakala spyware bertujuan mencuri data-data dari komputer anda secara tersembunyi. Adware pula menyebabkan windows anda penuh dengan popup iklan, popup laman web lucah dan sebagainya.

Walaupun setengah antivirus juga terpasang fungsi antispyware…saya tetap menyarankan anda install perisian antispyware dan antimalware sebagai perlindungan tambahan.

Antara perisian antispyware popular:

- Threatfire (versi percuma dan berbayar) – pilihan saya

- PcTools Spyware Doctor (shareware)

- Lavasoft Ad-aware (versi percuma dan berbayar)

- Malwarebytes (versi percuma dan berbayar)

- Superantispyware (versi percuma dan berbayar)

- Spysweeper (berbayar)

- Spyware terminator (percuma)

1 Comment:

  1. Redhwan said...
    Assalamualaikum

    Saya nak tambah sikit pasal anti spyware tu...

    Selain daripada anti spyware yang Saudara Saripdol bagitahu tu, saya nak tambah saya nak tambah satu lagi iaitu spybot search & destroy.

    Ianya adalah percuma.

    Mengikut pengalaman saya spybot search & destroy adalah anti spyware percuma yang terbaik.

Post a Comment



Sehari aku di demonstrasi ISA

 

blogger templates | Make Money Online