Nasib saudaraku di Palestin

MAKLUMAT PENTING Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain. Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata. Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang. HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula. Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Palestin

Khamis, 6 Ogos 2009

Tips memilih dan membeli laptop


Jika anda berimpian untuk membeli laptop baru, pastikan anda membuat pilihan yang bijak terlebih dahulu. Ramai orang yang membeli laptop baru hampa kerana tertipu dengan reka bentuk luaran yang cantik dan nampak canggih padahal spesifikasi entah apa2. Ada juga yang terpengaruh dengan iklan dan promosi melampau oleh promoter kedai komputer.


Bagi saya, kalau anda sanggup berbelanja beribu2 anda kenalah membeli laptop yang betul2 bagus dan berbaloi dengan harga yang anda bayar itu.

Disini saya akan tekankan mengenai beberapa aspek dan kriteria penting dalam memilih jenis laptop.

1. Model laptop

Ada beberapa jenis model dari beberapa jenis pengeluar. Antaranya Compaq & HP, Acer, Dell, IBM, Lenovo, Sony, Toshiba, Fujitsu dll. Kalau di malaysia laptop Acer & Compaq paling ramai orang pakai, dan di peringkat dunia pula laptop Dell & HP menjadi pilihan utama pengguna.

Saya cadangkan beberapa link di bawah sekiranya anda ingin membuat survey mengenai laptop.

-http://www.lowyat.net (Check bhg price list)

-http://forum.lowyat.net (Notebook garage sales)

Masa pc fair juga banyak jenis model laptop akan dijual dengan harga yang lebih murah dari biasanya. Oleh itu jika ada masa anda boleh berkunjung juga ke pc fair untuk membuat survey laptop.

2. Spesifikasi laptop

Untuk apa anda gunaka laptop? sekadar kerja menaip, surfing, dengar lagu dll? Atau untuk kerja berat seperti photoshop dan 3D gaming? Anda perlu memilih spesifikasi laptop yang sesuai dengan tahap penggunaan laptop anda. jika sekadar untuk kerja pejabat tidak perlulah membeli laptop dengan processor dan graphic yang canggih dan mahal. Cukuplah sekadar manggunakan loe end to mid end laptop sahaja.

a. Processor



Contoh processor ialah - Intel Core 2 Duo Processor T6400 (2mb L2 Cache, 2.0 Ghz, 800 MHZ FSB dan AMD Turion X2 Dual-Core Mobile Processor RM-75).

Apa yang penting ialah clock speed dan jumlah 12 cache. Secara teorinya processor dual core 2.2Ghz sudah tentu laju sekurang2nya pilih processor dengan clock speed 2.0Ghz ke atas.

processor Intel ada beberapa jenis, antara Pentium dual core, core 2 duo, core 2 solo, core 2 quad, core i7 dll. Jika menggunakan laptop untuk tujuan kasual memadailah dengan memilih processor pentium dual core dan core duo. Manakala core 2 quad dan core i7 pula sangat mahal dan biasanya pengguna kasual tidak memerlukannya , melainkan hardcore gamers dan geng developer.

Kelebihan memilih processor jenis AMD Turion X2 pula ialah harga jauh lebih murah dan biasanya mempunyai graphic intel graphic media accelerator (GMA).

b. Ram - random access memory

Ram laptop model sekarang biasanya mempunyai ram sekurang2nya 1G atau 2G. Contoh compaq presario cq20-317 tu mempunyai system memory 2048Mb (800Mhz) ddr2/max 4G. Mempunyai kapasiti ram yang lebih tinggi sememangnya lebih baik kerana ia menjamin kelajuan laptop dan laptop juga akan menjadi lebih "responsive".

Window XP - sekurang2nya anda perlu ada ram 1G keatas.

Window Vista - sekurang2nya anda perlu ada ram 2G keatas.

Window 7 - sekurang2nya anda perlu ada ram 1G keatas.

Kebanyakan laptop anda boleh free upgrade kepada kapasiti tertentu cthnya 3G ddr2 800Mhz dan juga 4G ddr 800Mhz. Atau jika tiada free upgrade, anda boleh beli ram dan pasang sendiri di laptop anda. Ram 1G anda boleh dapat dalam lingkungan rm60+- dan ram 2G anda boleh dapat dalam rm100+-..

1 Comment:

  1. Na'im Nikmat said...
    Syukran atas tip2 tersebut,sgt berguna

Post a Comment



Sehari aku di demonstrasi ISA

 

blogger templates | Make Money Online