Nasib saudaraku di Palestin

MAKLUMAT PENTING Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain. Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata. Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang. HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula. Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Palestin

Ahad, 3 Januari 2010




Di Forum Restoren, Jalan Margorejo, Surabaya, Indonesia sudah ada gereja yang dinamakan sebagai "Gereja Allah Baik (GAB)". Gereja ini dibuka pada Januari 2001 dengan keahlian awal sejumlah 30 orang sahaja. Kemudian pada 2004, jumlah keahlian kemudian bertambah menjadi 400 orang. Gereja ini dibuka 24 jam. Beberapa lagi gereja yang menggunakan kalimah Allah adalah Gereja Bahtera Allah yang terletak di Cilandak Kota, Jakarta Selatan dan Gereja Sidang Jemaat Allah yang terletak di Tangerang, Bandung. Apa akan jadi kalau GAB, Gereja Bahtera Allah dan Gereja Sidang Jemaat Allah ini membuka cawangannya di Malaysia?



Calvary Church Centre yang terletak di Bukit Jalil. 6 tingkat dan keluasan 600,000 kaki persegi, dipercayai antara yang terbesar di Asia Tenggara. Tidak cukupkah lagi agama Kristian diamalkan secara aman dan damai di Malaysia ini? Tidak perlu lagi mendesak dan menggesa kerajaan agar membenarkan penggunaan kalimah Allah lagi. Apakah mubaligh Kristian sengaja menggunakan isu kalimah ini untuk mencapai agenda-agenda lain di Malaysia?

Sila lihat kes yang berlaku yang di gereja Gading Tutuka, Surabaya ini pada 3 Jun 2007. Jika ada umat Islam yang marah selepas ini, tentunya pertubuhan hak asasi dan wartawan luar akan melabelkan umat Islam di Malaysia ini sebagai pengganas. Maka senanglah missionari menjajah kembali. Sekarang ini pun, isu kalimah Allah ini sudah pun diperjuangkan oleh NGO dan wartawan asing. Siapakah mereka sebenarnya? Tidak sedarkah bahawa semua ini adalah grand design missionari Kristian?

Jika umat Islam tidak bersatu. Akan berjayalah missionari Kristian untuk menyelewengkan akidah dan mengembangkan ajaran agama mereka di negara ini. Orang Islam di Malaysia perlu melihat isu ini secara sepakat. Usah menjadi dalang membantu menjayakan missionari Kristian ini. Nilaikanlah isu ini secara bersama dan konsesus demi kesucian agama. Apakah kita mahu lihat di Malaysia ini, kalimah Allah SWT digantung di gereja?

Siapa yang hendak tanggungjawab nanti jika anak cucu di masa depan keliru tentang rumah Allah. Masjid atau gereja katholik?, kerana kedua-duanya ada kalimah Allah. Sebelum segalanya terlambat, marilah kita kemukakan bantahan. Apa salahnya demi agama, ketepikan sekejap perbezaan pendapat. Bersatulah di tahun 2010 ini demi agama Islam.

0 Comments:

Post a Comment



Sehari aku di demonstrasi ISA

 

blogger templates | Make Money Online