Nasib saudaraku di Palestin

MAKLUMAT PENTING Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain. Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata. Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang. HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula. Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Palestin

Khamis, 23 September 2010

Khamis, 12 Ogos 2010




Bismillaahir rohmaanir Rohiim,
Assalamu'alaikum Warahmatullah dan salam sejahtera,


Penjenayah siber memang pintar terutamanya yang bijak dalam menghasilkan virus.Hantar sahaja email yang mengandungi virus, apabila diklik, semua maklumat peribadi anda termasuk nombor akaun bank dan kata laluan automatik dicuri. Virus jenis Trojan ini bersembunyi di sebalik emel, website dan muat turun. Terbaharu, sejenis virus jenis Trojan telah dicipta oleh seseorang dan telah menyerang sehingga 3 ribu orang pengguna online banking di UK dan mencuri wang mereka. Namun nama bank tidak pula diberitahu. Sebanyak lebih kurang 675 000 pound sterling telah dicuri, dan ianya masih berlaku. Itu maklumat badan keselamatan siber UK- M86.



Virus pintar Trojan terbaharu yang diberi nama Zeus v3 ini menyerang dan mencuri maklumat akaun pengguna dengan berpaut di dalam iklan internet (adverts). Harap-harap ia tidak menyerang pengguna di Malaysia. Kalau ia menggunakan modus operandii yang sama di sini, bayangkan, apakah anda yakin untuk klik2 iklan lagi? Setiap kali anda klik iklan, virus akan diinstall ke dalam pc, dan segala maklumat disalurkan ke pc penjenayah siber tersebut. Mahukah anda?



Kalau tidak mahu, pastikan yang anti-virus anda up to date. Jadikan firewall anda ketahap paling maksimum. Jangan buka sebarang attachment emel dari orang yang tidak anda kenali. Walaupun di situ tertulis 'Congratulation, you win $ 100 Million Dollars.' Jangan sesekali double klik emel yang berakhir dengan perkataan '.exe'. Perlu diingat tahun lepas sahaja di UK sebanyak 59.7 juta pound sterling telah dicuri melalui penipuan bank secara online. Jadi berhati-hatilah. Dunia maya ini tanpa sempadan, mana tahu iklan-iklan luar negara/dalam negara yang kita selalu klik itu mengandungi virus Zeus v3.

Khamis, 5 Ogos 2010



Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):

Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/ premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Berin gin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.


Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.


Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Dalam suasana yang din gin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.


Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).


Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh , Indonesia dan orang Kashmir . Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.

Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini


Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate


Ayam ini kami dapat kat Berin gin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).


Dilanggani oleh Restoran Pappa Rish pada se tia p hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Al Baqarah 168 . Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.


Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses


Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tia da bekas sembelih


Ini yang sepatutnya dilakukan di premis sembelihan ayam .


(KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Syarikat Ini ada sijil Halal JAKIM, namun perlu kita pantau operasinya dari masa ke semasa bagi memastikan mereka menjalankan operasi menurut syara’.


Ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (Stunning process), sebelum dimbelih.


Muncung ayam disentuhkan ke dalam air berarus elektrik (Ayam 0.25-0.5, tempoh 3.0-5.0 saat). Baru disembelih dan pisaunya sen tia sa bersih daripada darah, kerana terdapat air dari atas yang mengalir untuk mencuci pisau sembelih semasa operasi sembelihan.



PROSES SELEPAS SEMBELIH



TERSEDIA UNTUK DIPASARKAN


Laporan dari Ustaz Abdul Halim Zakaria
Aktivis UNGGAS/LANDAS PUMWP

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Isnin, 2 Ogos 2010



Sehari aku di demonstrasi ISA

 

blogger templates | Make Money Online