Nasib saudaraku di Palestin

MAKLUMAT PENTING Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain. Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata. Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang. HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula. Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Palestin

Isnin, 2 November 2009


KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.

Peraturan itu yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV).

"Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi.

"Buat masa ini, kerajaan membuat keputusan bahawa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajib melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat dan boleh digunakan. Bagaimanapun butiran terperinci masih belum diputuskan lagi," katanya pada sidang media selepas membentangkan dasar baru hasil kajian semula NAP di sini, semalam.

Difahamkan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan sistem pemeriksaan kenderaan yang lebih tersusun



admin..
menyusahkan rakyat sebab nak kena bayar caj pemeriksaan. lagi nak kena gi buang masa kat puspakom berjam2 kadang2 tu sampai sehari suntuk duk menunggu giliran. lepas ni terpaksa lah kena ambik cuti 1hari se mata2 nak sambung r/tax. sepatutnye pemeriksaan ini dibuat kepada kenderaan yang berumur lebih dari 25th tapi 15th dah pun kena macam ni atau pun mereka cari lah cara lain yang memberi keselesaan kepada rakyat bukannya makin menyusahkan....... celaka 3x.

0 Comments:

Post a Comment



Sehari aku di demonstrasi ISA

 

blogger templates | Make Money Online